Dalam kalendar Cina, tahun baru 2012 merupakan tahun Naga. Begitulah putaran kalendar bagi kaum Cina. Kedatangan Tahun Naga disambut dengan penuh keceriaan dan menjadi harapan masyarakat Cina agar tahun Naga memberi kemakmuran dan kejayaan untuk rakyat Malaysia.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak rakan-rakan AJK KRT Jalan 6, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina khususnya yang menetap di Taman Putra Perdana dan masyarakat Malaysia amnya. Semoga sambutan pada tahun ini lebih ceria dan membawa keriangan dengan suasana harmoni bersama keluarga tersayang.
Kepada warga TPP yang akan pulang ke kampung atau bercuti cuti-cuti Malaysia, dinasihatkan mengambil langkah keselamatan sama ada kenderaan mahupun rumah. Berhati-hati semasa dalam perjalanan dan pastikan rumah dikunci kemas. Sebagai langkah tambahan, warga penduduk TPP boleh memaklumkan ke Balai Polis TPP dengan mengisi borang agar pemantauan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa.
Selamat Tahun Baru Cina ...
Pengerusi
KRT Jalan 6
No comments:
Post a Comment