Monday, March 12, 2012

Jom Kayuh Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Kebajikan At-Taqwa dan Penduduk Jalan 6 Putra Perdana

Program anjuran KRT Jalan 6 dengan kerjasama Rumah Kebajikan At Taqwa akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 14/4/2012 (Ahad)
Masa: 8pg
Tempat: Padang Permainan Jalan 6/4

Agenda:
- Taklimat oleh wakil PDRM (IPD Sepang)
- Taklimat oleh Marshall (wakil PP Cyclist)
- Pengisian Motivasi/Tazkirah
- Bersurai

Kepada warga penduduk Jalan 6 Putra Perdana, daftar segera. Jangan lepaskan peluang ini. Jom ramai-ramai kita meriahkan program bersama anak-anak yatim Rumah Kebajikan At-Taqwa. Jom kayuh, sure hebohhhhh ....

-krt jalan 6 -

Kejohanan Futsal Putra Perdana 25/2/2012

Tahniah kepada pihak penganjur iaitu KRT Kekwa yang berjaya menganjurkan kejohanan futsal yang telah menarik penyertaan sebanyak 30 pasukan. Kejohanan yang bermula pada jam 9:30 mlm berlanjutan sehingga keesokan hari untuk perlawanan akhir.

Tahniah kepada wakil KRT jalan 6 yang telah berjaya meraih tempat ke-tiga.

-krt jalan 6-

Tuesday, February 21, 2012

Kejohanan Bolasepak Terbuka Taman Putra Perdana pada 19/2/2012

Pada 19/2/2012 bersamaan hari Ahad satu kejohanan bolasepak telah dikendalikan oleh warga KRT Ruvena Villa. Acara yang telah dirasmikan oleh pegawai penyelaras KRT Sepang iaitu Saudara Redzy mendapat sambutan yang menggalakkan. sebanyak lapan sembilan pasukan telah menyertai kejohanan ini dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Berikut adalah foto sekitar kejohanan yang telah diadakan di padang sekolah smktpp.
selanjutnya sila ke link ini http://www.box.com/s/3xvvhhdgx5h1l2bb46na



Monday, February 13, 2012

Sekitar Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H Taman Putra Perdana

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis ini khususnya kepada anak-anak serta penjaga dari rumah kebajikan At-Taqwa Jalan 6. mudah-mudahan segala pengorbanan kita diberkati Allah swt.

http://www.box.com/s/uyv5esfisy1gd39dvlyt





Thursday, February 9, 2012

Laporan aktiviti 2011

maklumat boleh diperolehi dengan capaian dibawah;

http://www.box.com/s/y2umqbny38j7ckf5eieo

http://www.box.com/s/tt1xl4pkg6ejx0q5g84c

Wednesday, February 8, 2012

Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H Kawasan Rukun Tetangga Taman Putra Perdana

Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Putra Perdana dijadualkan seperti berikut;

Tarikh: 12/2/2012 (Ahad)
Masa: 7:30pagi
Tempat: Sekolah Rendah Agama Taman Putra Perdana
Pakaian: Lengkap - Baju Melayu (muslimin), Baju Kurung Melayu (muslimah)

Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Permuafakatan'.

Bersama kita memeriahkan majlis ini.

-Pengerusi KRT Jalan 6-