1. untuk makluman, sejumlah 6 kejadian pecah rumah telah dilaporkan.
2. atas kesedaran dan initiatif warga penduduk jalan pp 6, suatu mesyuarat tergempar telah diadakan. salah seorang ajk krt6 telah bermurah hati untuk menjadi hos. maka mesyuarat itu telah berlangsung pada 11/1/2012 jam 9mlm.
3. beberapa kejiranan terdekat telah hadir. turut hadir pada malam itu sarjan norudin dari balai polis tpp.
4. kata sepakat telah dicapai iaitu suatu perjumpaan akan diadakan penduduk jalan 6 anjuran krt jalan 6 dengan kerjasama balai polis tpp
5. antara langkah awal yang dicadangkan adalah rondaan malam perlu dilaksanankan dengan kadar segera.
6. selain dari itu, pesanan dari pihak berkuasa agar penduduk sentiasa wspada dan pantau keadaan dalam dan luar rumah.
7. atas kesedaran dan perlunya kepada langkah-langkah pencegahan, suatu perjumpaan dengan penduduk akan diadakan seperti berikut;
Tarikh: 15/1/2012 (Ahad)
Masa: 10:30 pg
Tempat: padang permainan jalan pp 6/4
8. semoga kehadiran dan keprihatinan penduduk jalan pp 6 dapat mewujudkan semangat kerjasama dan muafakat dalam kerangka untuk mencegah jenayah dari terus bermaharajalela
sehingga berjumpa lagi ....salam perpaduan dari ajk krt6
1. Alhamdulillah, program berjalan lancar.
ReplyDelete2. Jutaan terima kasih kepada yang meluangkan mass menghadiri program dan juga sokongan.
3. Terima kasih kepada penyelaras KRT JPN Sepang kerana sudi hadir.
4. Terima kasih juga kepada Timbalan Balai Polis Sepang yang mewakili Ketua Balai Polis Taman Putra Perdana.
5. Antara langkah yang boleh diambil oleh penduduk adalah bekerjasama antara jiran unyuk keselamatan bersama.
6. Penduduk juga digalakkan mengisi borang di Balai Polis Taman Putra Perdana sekiranya bercuti pangjang dan tidak akan ada di rumah.
7. Rondaan berkala iaitu inisiatif penduduk bersama KRT Jalan 6 dengan kerjasama Balai Polis Taman Putra Perdana sementara menunggu Skim Rondaan Sukarela mendapat kelulusan. Penduduk boleh menghubungi AJK KRT 6 untuk maklumat lanjut.
8. Penduduk sila pastikan keselamatan rumah dipertingkat agar menyukarkan penjenayah mencerobohi rumah.
9. Penduduk diminta menghubungi Polis sekiranya menyaksikan apa-apa yang mencurigakan.