Wednesday, May 4, 2011

Sembang petang ...

1. Kawasan taman atau kawasan perumahan bukanlah tempat untuk berlumba atau membawa kenderaan motor dengan laju. Namun realitinya, pengguna jalanraya di kawasan perumahan sama ada yang menunggang kenderaan motosikal atau motor van atau motor lori atau kereta atau apa jua jenis kenderaan bermotor, masih tidak peka atau sengaja tidak peka. Beringat sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Mungkin papan tanda halaju perlu diwujudkan disetiap kawasan sebagai langkah permulaan untuk mendisplinkan pengguna-pengguna kenderaan di kawasan perumahan.

2. Suatu petang hari pekerja aku membuat ronda sekitar taman dan fikiranku tertanya-tanya, bila kah agaknya kali terakhir kontraktor MPSp yang membuat kerja-kerja pembersihan sekitar Taman Putra Perdana ini?? .... sampah-sampah pukal seperti daun-daun/rumput kering/ranting pokok yang dibungkus semasa kerja-kerja pembersihan yang lalu dah terburai. Lalang makin panjang, rumput makin menjalar, semak makin menjadi ... sakit mata memandang. Apa sudah jadi pada kontraktor MPSp ....? Syukurlah kontraktor yang ditugaskan untuk mengangkut sampah-sampah yang dihasilkan oleh penghuni taman masih menjalankan tanggungjawab, sekurangnya 3 kali seminggu. Syabas, anda masih relevan.

No comments:

Post a Comment