Sunday, May 1, 2011

Mesyuarat KRT Jalan 6, 1 Mei 2011

Mesyuarat KRT Jalan 6 telah diadakan pada pagi ini 1 Mei 2011 jam 10:45 pagi bertempat di restoran Al-Jazeerah. Antara yang hadir; Abd Majid, Yaser dan Faizal. Pengerusi KRT Jalan 6 iaitu Saupe tidak dapat hadir kerana menguruskan jenazah pembantu rumah beliau yang meninggal dunia pada Jumaat yang lalu untuk dihantar pulang ke Indonesia. Oleh itu mesyuarat kali ini dipengerusikan oelh Timbalan Pengerusi KRT jalan 6 iaitu Yaser.

Yaser mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Namun mengharapkan penyusunan semula dapat disegerakan sebagaimana telah dianjurkan oleh pejabat JPNIN daerah sepang. Seterusnya Yaser meminta Faizal berkongsi maklumat berhubung perkara mesyuarat yang dihadiri oleh KRT daerah Sepang pada 24/4/2011 yang lalu di Bangunan Tun Aziz Bandar baru salak tinggi.

Mesyuarat kali pertama yang dianjurkan JPNIN Sepang pada tahun 2011 adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang antara lainnya adalah seperti berikut;
1. Program/Aktiviti 2011
2. Insuran perlindungan KRT
3. Penyusunan KRT yang kurang aktif
4. Jawatankuasa KRT perlu mengikut peraturan yang terkandung dalam akta ie; mesyuarat pengurusan KRT sekali setiap dua bulan, aktiviti tahunan minima 6 (maksima 12), laporan minit mesyuarat, laporan kewangan, laporan aktiviti dan sebagainya.
5. Direktori KRT Daerah sepang telah diedarkan
6. karnival Perpaduan - Jun 2011 (KRT Puchong)
7. kejohanan Bolasepak bawah 14 tahun - 29 Mei 2011 (KRT Sg pelek)
8. Bowling - Jun 2011 (KRT Kuala Langat)

Perkara-perkara lain;
- yaser menyarankan agar suatu sesi pertemuan dengan AJK KRT Jalan 6 perlu segera diadakan bagi mengenal pasti permasalahan
- antara aktiviti yang boleh dianjurkan oleh KRT jalan 6 bagi tahun 2011 adalah;
1. Teknik menjawab peperiksaan bagi UPSR/PMR/SPM
2. hantar pasukan bolasepak bawah 14 tahun (jika masih ada kekosongan)
3. hantar wakil bagi perlawanan bowling
4. hantar wakil bagi program karnival perpaduan
5. acara bulanan, riadah/senamrobik
6. bowling famili KRT jalan 6

Mesyuarat tangguh pada jam 11.45 pagi

No comments:

Post a Comment